Friday, November 20, 2009

Belajar " Tidak Tahu "



Saya tertarik dengan status YM seorang hamba Allah di Mesir yang di tulis dalam bahasa Arab. Maknanya lebih kurang begini:


Belajarlah "aku tidak tahu" kerana jika engkau belajar "aku tidak tahu", mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar "aku tahu" maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!


Amat ramai masyarakat kita yang tidak berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, "Islam untuk semua", ya memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.


Ulamak terdahulu ada menyebutkan, " Apabila aku ditanyakan satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga. Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan itu. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan "ini hanyalan soalan yang mudah sahaja, wahai Imam".


Ulamak juga mengatakan perkataan "tidak tahu" itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. Sampai habis para nama ulamak dahulu pun dibantainya.


Apa beza kita dengan ulamak dahulu sehingga mereka mudah menyebut Wallahu Alam @ " aku tidak tahu". Tentu sekali taqwa! Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab itu berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa.


Kalau kita sangka kita tahu sedangkan kita sebenarnya tidak tahu, inilah yang dinamakan jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda. Pertamanya jahil permasalhan itu. Keduanya jahilkan kelemahan itu sendiri. Seterusnya menyangkakan yang batil itulah haq. Kasihan bukan????


Maka itu kita kena budayakan sifat " aku tidak tahu", Mana ada manusia yang tahu semua perkara. Walau belajar berpuluh tahun pun dengan syeikh-syeikh yang hebat, takkan tahu semua perkara. Inikan pula belajar setahun dua. Suka ponteng plak tue!


Jom kita belajar "tidak tahu"!



No comments:

Post a Comment