Monday, November 2, 2009

air sembahyang & hujah mengenainya



Air Sembahyang


1- Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfadah.

2- Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3- Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kanu dengan, " Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tanagn kanan.

4- Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".
penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisab di tanagn kiri.

5- Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di kepala.

6- Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
penjelasan: Hari-hari mendengar orang menyumpat, memfitnah, dan sebagainya.

7- Ketka membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah, permudahkalah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8- Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan," Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau, dan bukan tempat maksiat".
penjelasan: Qada' dan Qadar kita di tanagn Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita akan perolehi dalam menghayati Islam?

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?






Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.



No comments:

Post a Comment