Thursday, October 29, 2009

seorang sahabat yang baik


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


jom jap kite fikir seketika??? lalalala......



Sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnye seperti berikut, check it out, babeh~~~

1- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu

2- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu

3- Jika engaku menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dgn baik

4- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentangmu, dia akn menutupnya


5- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu

6- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu

7- Jika engkau merancangkan sesuatu nescaya dia akan membantu kamu

8- Jika engkau berkata kepadanya nescaya dia akan membenarkan kamu


9- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu

10- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

11- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan kamu


12- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

13- Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah dan ibu, berhati-hatilah jika memilih kawan kerana kawan kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Yup, betul!!!


sayasendirimelaluipelbagaipengalamanbersamasahabat2saya...sukaduka... heh :)



No comments:

Post a Comment